Tuesday, January 3, 2012

New Year Resolution

Hi. Happy new year!
My 21112 day is around the corner. My very close frens Mr n Mrs Pimples are still playing hide and seek around my face. Same goes to uncle Fat n aunty Fatty are still not going anywhere.
My first 2-weeks challenge diet was not so successful. I managed to lose only 2.2 kilos in 2 weeks. Sometimes, did skip my shakes and replace it with cannot-say-no-to-food which is my mum'c cooks.
Now for this new year resolution, I decided to continue the HL diet for the sake of my SKIN! I also bought HL skincare product to get fast n maximum result in my face. *hopefully*
There are about 18 days before my engagement day! And I have no choice. I HAVE TO DO SOMETHING.
Instead of losing sone weight, i really need to 're-skin' my dull face!
For this 3 weeks onwards, I will not take any rice (boooo!!! Boley ke?) and ofcourse an oily makcik-level-3's lauk dan pauk. I promised my self this time.
Only HL Shakes,Plain Water,Tea mix...
For breakfast and dinner.
AND
Nestle Fitnesse Cereal plus Nestle Bliss Yogurt
For LUNCH!!! (kuatkan iman!)
I hope and pray that I can do this succesfully! Wait and see the different me! :)
INSHALLAH!

Thursday, November 24, 2011

Marathon Updates

ALAMAK!!
Its been one week already! And I didnt update my meals even once! Ayo!
So far,saya agak berdisiplin jugak la sepanjang 7 hari cabaran ini.
Cuma kadang-kadang tergelincir juga ke dalam kancah makanan berkolestrol dan berkalori tinggi.
Dan satu perkara yang berjaya saya lakukan ialah mencapai target 3 liter air kosong sehari.
Today was awesome! 4.5 liter flow in my body! Lebih dari sasaran 60 pingat emas sukan sea!!
Since dari hari kedua saya dah tak update, maka saya akan buat marathon update dari hari ke-2 hingga hari ke-7!


2 Weeks Challenge |  Day 2


Hari kedua - Sabtu, cabaran besar dah tiba! Balik kampung!


9am : Shake Breakfast! Its compulsory.
12pm : Value Meals Lunch!


Sinful lunch! :P
Value Meals la sangat kan? Saya 'hanya' mengambil sebiji burger ayam biasa, kentang goreng dan air berkarbonat sprite. Selebihnya, milik rakan sepersaingan HL saya, Encik Ikram.


3pm-6pm : Kunyah-kunyah. Hanya meratah seketul hati ayam goreng sambal. Dan! Kentang goreng yang digoreng sendiri untuk anak2 buah! aduh. :(


8pm-10pm : HL Shake! + seketul lagi hati goreng sambal + kacang bijan makan bersama emak!


3 Liter Plain Water Target : NI = Need Improvement! Hanya 2.5L yang berjaya di 'togok'.




2 Weeks Challenge |  Day 3


Hari ketiga - Ahad, Cabaran menjadi semakin besar apabila emak menggoda dengan nasik lemak nya!


9.30 am - No HL shake! Sarapan Nasi lemak separuh,tempe goreng,ikan bilis goreng serta sambal tumis ikan bilis.


1.30 pm - Nasi lemak sejemput,ikan goreng,sambal belacan,tempe goreng, ikan bilis goreng,ayam kfc beberapa cubit,kentang putar beberapa sudu kecil dan coleslaw juga beberapa sudu kecil.


FORGIVE ME,I CAN'T SAY NO TO MY MOM'S DELICIOUS COOKS!


5.00 pm - Tea break - Beberapa teguk teh susu dan kerepek pisang enak! Its a must, demi menjaga hati penghidang. huu!


7.00 pm - seciput bubur kacang hijau. (Ala, nak rasa jer pun)



Sedikit saje maa...
 9.00 pm - HL Shake!


3 Liter Plain Water Target : ME = Meet Expectation! 3 Liter done + 500ml air pegaga from my mom!


2 Weeks Challenge |  Day 4

Hari keempat - Isnin. Working day!

8.00 am - 9.00 am - HL Shake breakfast!
12.30 pm - Luncheon! Normal lunch. Dah lupa makan apa. Most probably ayam goreng dan nasi putih.
5.00pm - 1 small bar of chocolate! Time tu perut rasa mual sangat sebab lapar!
8.00pm-9.00pm - HL Shake!
 
2 Weeks Challenge |  Day 5

Hari kelima - Selasa. Another hunger working day!

8.00 am - 9.00 am - HL Shake breakfast!
12.30 pm - Luncheon! Normal lunch. Dah lupa makan apa. Most probably ayam goreng dan nasi putih LAGI! serta 4 jenis sayuran.
7.00pm - 1 slice of toasted wholemeal gardenia bread + sedikit marjerin disapu keatasnya. sikit saja!
8.00pm-9.00pm - HL Shake!
 
2 Weeks Challenge |  Day 6

Hari keenam - Rabu. a BIG more challenge! Training time with meals provided! OMG!

8.00 am - 9.00 am - HL Shake breakfast. *Breakfast was provided, but ambil bau saje maa!
12.30 pm - Nasi Ayam for lunch.
4.00 pm - Tea break - Hanya seketul popia goreng.
9.00 pm - HL Shake + 1 Slice of toasted gardenia wholemeal bread.

3 Liter Plain Water Target : ME = Meet Expectation! 3 Liter done!


2 Weeks Challenge |  Day 7

Hari ketujuh - Khamis. Nasik lemak lagi sekali menggoda saya!

8.00 am - HL Shake.
9.30 am - Terasa berdosa keatas diri sendiri kerana tidak jujur. 1 senduk kecil nasik lemak, sedikit sambal udang geragau, sedikit rendang daging dan sebelah telur rebus.

Sambal udang geragau yang sedap!
12.30 pm - Lunch nasi putih separuh senduk,ayam goreng, umbut kelapa+pucuk paku masal lemak, beberapa tangkai daum salem, sambal belacan dan hanya seekor udang sambal saiz xxs.


3.30 pm - semangkuk kecil laksa dan sebelah telur rebus.


9.00 pm - 2 slices of toasted gardenia wholemeal bread. No HL shake! perut tak berapa sedap sangat.


3 Liter Plain Water Target : SEE = Successfully Exceed Expectation! 3 liter plain water + 1.5 liter HL tea mix.
P/S : I'm on diet! huwargghhhhh!!!!!! 7 days to go!!

Thursday, November 17, 2011

2 Weeks Challenge | Day 1

Hari Pertama 

 
18/11/11

Coach ajar :-

Bangun tido : 'Togok' sebotol air masak (besar botol shaker) yang telah dicampur 1 cap Aloe Vera untuk tindakbalas asid amino dan segala enzim dalam air liur basi manusia. Macam nak meletup perut minum air pagi tadi.

7 am -9 am :  Time to have my vanilla shake. [2F1 + 1F3]

Half lagi sedang 'shaking' dalam perut

12.30 pm - 2pm : Luncheon!!!! Memang tak sabar nak tunggu masa lunch, kerana masa ini lah kita boleh makan suka hati makanan biasa tapi dengan portion yang dibenarkan. Masa ni la nak makan dengan penuh rasa syukur nikmat, kerana selepas 2.00 petang, makanan saya hanya air kosong. Nasi seciput, lauk berwarna-warni.
Not so colourful, but tasteful !
 Ayam-goreng-tepung-pakcik-mahal-yang-sedap, seketul kentang gulai, beberapa kepingan tempe digoreng sambal dan the maveles sambal belacan! Memang sedap! 

Sepanjang masa : 3 liter air kosong, atau 3 liter air masak yang dimasak sebati atau 3 liter air mineral yang berharga sebotol RM2.60. 
 
Botol air mineral pun diharuskan mengikut tema perjuangan : hijau!
Setakat pukul 11.30am, saya dapat 'togok' sebanyak itu saje airnya. 'Mak rasa macam nak pakai salur kencing yang boleh salur terus ke lubang jamban!" Menjelang pukul 3.00pm, 1.5liter air berjaya dituang ke dalam badan, tetapi tak tau berapa yang diserap dan dikumuhkan oleh badan. =P

Malam : Sebotol air bercampur aloe vera dan sebotol vanila shake lagi !!


P/S : Adakah kesemua ini memberikan kesan mengantuk? kerana disaat ini saya amat sangat sungguh mengantuk! ziiizziiizziiizziiizziiiz......

The HL Products | '2 Minggu Memerangi Lemak'

Ini product yang saya dah agreed untuk guna selama 2 minggu ni.

Okay everyone...say cheeeeeeesseeee!!
Dari kiri, Shaker bottle [coach saya bagi free],Formula 3 : Blended Soy & Whey Protein Powder bersama sudu sukatan, Formula : 1 Nutritious Mixed Soy Powder ,Concentrated Aloe Vera dan tidak ketinggalan sebotol air kosong pencukup syarat bagi yang mengambil H.L

Ramai yang tanya, berapa kos H.L yang saya ambil ni. Saya dengan "bangganya" mengumumkan : RM300.00++  dan sudah tentu-tentunya feedback yang saya akan terima ialah : "Mahalnyee nyahh! Mak tak mampu nakkk~~"

Kalau nak diikutkan, saya pun tidak mampu. Tapi, apalah sangat RM300 demi kesihatan yang baik dan jika dibandingkan dengan kos perubatan yang beribu-ribu, jika saya jatuh sakit kelak. [OK! Ini ayat cliche salesman/girl untuk saiko customer]. Ayat saya : "Mak saja nak cube je naakkk, mak ni kesihatan tak berapa nak elok sangat, badan pun nak pakai lama, mak bukan nak kuruskan badan sangat pun, body mak ni okay je lagi..Saje mak nak cabar diri mak ni..Mana tahu lepas 2 minggu ada perubahan positif! Mak sukaa naaakkk".

Saya memang teringin nak guna produk kesihatan ni. Macam-macam  produk saya survey di pasaran. Harga nya ada yang lebih murah, lebih mahal dan sama. Tapi kesannya? Penggunaannya? Saya kurang pasti.
Tapi H.L memang terbukti berkesan dan selamat. Walaupun belum nampak kesannya pada saya, tapi saya berani cakap dan cabar diri saya untuk merasai KESANNYA!

Ok, saya tak perlu celoteh panjang, banyak lagi air yang perlu saya 'togok' demi memenuhi keperluan badan 3 liter air sehari. [Kalau buat pertanding kencing sapa paling banyak, saya pasti juara!]

P/S : Hari pertama yang mengantuk!

An Opening Speech

First of all, thanks to Allah for all His graces to us. Alhamdulillah.